DISKRIPSI PROGRAM
Diploma Kesihatan Persekitaran merupakan program pengajian sepenuh masa yang memakan tempoh selama 3 tahun (6 semester) dimana 5 semester di isi untuk pembelajaran teori dan 1 semester untuk latihan praktikal.
Kaedah pembelajaran adalah dijalankan di dalam kelas dan makmal. Selain itu, pembelajaran luar kampus juga dilaksanakan seperti aktiviti lawatan ke agensi-agensi berkaitan.
Dalam tempoh pembelajaran teori, pelajar akan didedahkan dengan topik-topik teras seperti kesihatan awam, perlindungan alam sekitar, keselamatan makanan, prosedur undang-undang dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
LATIHAN PRAKTIKAL
Para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai jenis latihan ketika menjalani latihan praktikal dengan usahasama pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan dan swasta. Tempoh latihan praktikal adalah selama 6 bulan.
PENGIKTIRAFAN
Program ini telah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan telah mencapai standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan oleh MQA dan untuk mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia.
Tarikh Akreditasi: 14 November 2010
Pendaftaran No: A1836
Klik disini untuk melihat pengiktirafan dari MQA