PENGENALAN
Kerjaya Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran meliputi aspek pengawalan, pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang dalam aktiviti-aktiviti kesihatan umum seperti kawalan mutu makanan dan kawalan penyakit berjangkit serta kawalan penyakit bawaan vector, kesihatan cara kerja, kesihatan antarabangsa, kebersihan alam sekitar dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan.
Graduan yang lahir kelak diharap mempunyai pengetahuan saintifi k, teknikal, kemahiran insaniah bagi membolehkan mereka memahami, menganalisis dan melaksanakan prinsip-prinsip kesihatan persekitaran yang berkaitan.
DESKRIPSI TUGAS
Sektor awam:
- Kementerian Kesihatan Malaysia
- Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (PBT, SWCorp)
- Kementerian Pertahanan Malaysia
- Kementerian Pengajian Tinggi
Sektor swasta:
- Perunding Kesihatan Persekitaran
- Penilai Kualiti Makanan dan Air
- Penyelia Kesihatan dan Keselamatan (Industri/Tapak Binaan)
- Organisasi Kesihatan Persekitaran (Antarabangsa)
- Syarikat Kawalan Serangga Perosak
Tugas-tugas Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran:
- Menguatkuasakan undang-undang, peraturan dan undang-undang kecil
di bawah Ordinan dan Enakmen yang berkaitan kesihatan awam - Mengawasi kebersihan alam sekitar
- Keselamatan dan kualiti makanan
- Menyiasat dan menyediakan laporan ke atas semua kes penyakit
berjangkit - Keselamatan dan kesihatan sosial termasuk kesihatan luar bandar
- Penyakit berkaitan cara hidup
- Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan
0 comments:
Post a Comment